Wednesday, April 29, 2009

:: solat Taubat ::

Salam pada pembaca.. Maaf, sebab lama telah menyepi. Agak kesibukan.

Kali ini, izinkan saya mengutarakan panduan solat Taubat. Bukannya apa, kadangkala, bila kita selalu sibuk, kita akan terlupa (atau termenjadi liat) untuk beribadat (mahupun ibadat wajib atau yang sunat). Dan kadang2, bila itu terjadi, kita semakin mudah berbuat maksiat.

Bersyukurlah kita apabila kita mendapat petunjuk. Mungkin anda mendapat suatu mimpi yang menunjukkan azab2, atau anda tiba2 ditegur orang yang tak dikenali, atau tetiba anda tersinggah di laman2 yang berbentuk keIslaman (atau tetiba terdengar lagu nasyid ke, tertarik mata pada bahan bacaan yang bagus, eg. al-Quran).


OK lah, enough with the into, here is the main artikel:


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)

by Muhammad Isa Selamat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk

selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba


Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.


Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.


Firman Allah:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30).

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

·
Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat). Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
·
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana AllahTa’ala.”
·
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu Ayatul Kursi 11 kali
· Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Ikhlas 11 kali

·
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

·
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

·
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

·
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.


Dalil2 tentang solat Taubat..


Hukum Dan Dalil Melakukan Sembahyang Taubat adalah sunat - untuk menyempurnakan kewajipan taubat yg hukumnya wajib
.

Antara dalilnya yang jelas ialah riwayat Ali bin Abu Talib r.a. berkata, Abu Bakar r.a. mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:”Tiada seorang hamba yang berdosa dengan suatu dosa, kemudian ia berwuduk dengan sebaik-baik wuduk. Lalu ia sembahyang sunat dua rakaat dan setelah itu ia beristighfar memohon keampunan Allah, melainkan diampunkan Allah baginya“.

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: 135 Surah Ali-Imran bermaksud: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)“.

- (Riwayat empat Ahli Hadis dan Ibnu Hibban, serta dishahihkan oleh Albany dalam Shahih Al-Jamik)*

*Abu Laits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin, Surabaya, PT Bina Ilmu, 1977 , Jilid 1, m/s: 129.

Lihat juga Hamid Muhammad Al Muslih, 10 Sebab Terhapusnya Dosa, Selangor, Pustaka Ilmi, 2000, m/s: 33.

- (HR. At Tirmidzi no. 406, lafaz ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)

- Telah dikeluarkan oleh Abu Dawud (No. 1521, Tirmidzy (1/252 &296), Ibnu Majah (no. 1395), Ahmad (1/2,9,10, Al Humaidy di Musnad-nya (No. 4), Ath Thayaalisiy di Musnad-nya (hal.2), Ibnu Hibban (no. 2454-Mawaarid), Nasaa-i di kitabnya “Amalul Yaum wa Lailah (No. 417, 418, 419 & 420)

Dipetik dari laman http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan-jiwa/ ...
Terima kasih yang tak terhingga, moga2 dapat kita kongsi bersama..