Thursday, February 26, 2009

:: Scanner ROSAK?!! Underwater circuit ROSAK?!! ::

Sorry la, very busy lately, so, I'll just sertakan dua keratan akhbar dari Utusan Malaysia Khamis, 1 Rabiulawal 1430, 26 Februari 2009.

I think, one of the news sends shivers to my spine.. And the other one, just make me sighed..


Pengimbas rosak di sempadan

SINTOK 25 Feb. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata banyak peralatan dan mesin keselamatan di beberapa pintu masuk negara didapati rosak dan ini boleh mengancam keselamatan.

Sebagai contoh, katanya, mesin pengimbas milik polis dan kastam di Bukit Kayu Hitam di sempadan Malaysia-Thailand di sini telah empat tahun tidak berfungsi.

"Kalau mesin pengimbas berfungsi, kita boleh menghalang perkara tidak baik dari berlaku," katanya kepada pemberita pada majlis dialog dengan syarikat kawalan keselamatan wilayah utara di Universiti Utara Malaysia di sini hari ini.

Sebanyak 22 syarikat kawalan keselamatan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak menyertai dialog sehari itu.

Beliau berkata, banyaknya senjata api yang dirampas daripada penjenayah selepas sesuatu kejadian berlaku menimbulkan persoalan tentang bagaimana senjata itu boleh terlepas masuk ke negara ini.

Beliau juga berkata, sebuah pusat latihan untuk pegawai dan pengawal keselamatan yang bertugas dengan jabatan dan agensi kerajaan akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan, Julai ini dan dijangka siap pada 2010.

Pusat itu mampu melatih 400 orang pada satu-satu masa dalam segala aspek keselamatan termasuk undang-undang, katanya.

Murugiah, yang juga Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), berkata, beliau yakin Barisan Nasional mampu merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada pilihan raya kecil masing-masingnya pada 7 April ini.

Katanya, rakyat telah melihat kecelaruan pentadbiran kerajaan di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. - Bernama

(editor's note: eh, nih bawah bidang kuasa siapa eh? Menteri mana eh? bahaya jugak la, kan? empat tahun rosak.. ish..)




Sirkit kabel dasar laut TM rosak

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Gangguan perkhidmatan Internet yang dialami pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan berpunca daripada kerosakan sirkit pada kabel di dasar laut.

TM dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kabel yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu berada di antara Kuantan dan Katong, Singapura serta Shantou dan Tanshui, Taiwan.

Menurut kenyataan berkenaan, ekoran kerosakan itu, Internet akan perlahan dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal juga akan mengalami gangguan.

"Bagi mengurangkan masalah ini, beberapa laluan internet dialihkan melalui sambungan alternatif.

"Kami juga akan mengambil langkah yang perlu bagi memulihkan perkhidmatan berkenaan," katanya.

Pada masa sama, tambah kenyataan itu, kerja membaik pulih kerosakan tersebut sedang dijalankan.

Jelasnya, selepas kerja membaik pulih selesai pada 5 Mac depan, perkhidmatan dijangka kembali beroperasi seperti biasa.

Katanya, TM akan terus memaklumkan perkembangan terkini dan pelanggan boleh menghubungi TM di talian 100 dan pilih "Perkhidmatan Internet" bagi melaporkan sebarang masalah perkhidmatan yang berkaitan.

(editor's note: oh, patut la arituh, my friends kat malaysia complain Internet slow.. but tahniah jugak la kat TM, sebab cepat bertindak. hopefully it will be good as new soon)

No comments: