Wednesday, October 7, 2009

:: Saudagar mimpi ::

Kali ini, saya akan tulis dalam Bahasa Melayu, moga-moga Encik Jono faham bila membaca. It's a challenge for you, mate! Let's see how far you can use your Indo knowledge to understand this! I'll use italics for English, and underlines for road-style Malay..

Tulisan kali ini adalah mengenai mimpi.
Apa itu mimpi?
...Mimpi itu mainan tidur, kata orang tua-tua.
...Mimpi itu salah satu dari cabang kenabian, kata sesetangah orang, sesat atau tidak, tidaklah saya pasti.
...Mimpi itu dream, kata para banana (yellow on the outside, white on the inside kind of people)
...Mimpi itu ada yang betol, ada yang bukan, ada yang menarik, dan ada yang pelik, ada yang berilhamkan agama, ada yang basah, kata seorang Encik Maer yang terer lagi ensem...


Ada ahli psaikologi mengatakan yang mimpi seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Contohnya, bagi orang yang amat merindui seseorang, pastinya bermimpi berjumpa orang itu. Mungkin mimpi yang sopan, mungkin mimpi yang ada scene2 tenet, dan ada juga yang mengerikan (contohnya, bila orang kesayangan mengandung dalam mimpi akibat keterlampauan dalam aktiviti tenet tadi).


Dan gaya pemikiran atau lifestyle seseorang boleh mempengaruhi jenis-jenis mimpi individu tertentu. Antaranya, bagi seorang budak kecik, pastinya mimpi bermain-main. Bagi budak yang dah kurang kecik, mimpinya masih melibatkan bermain, tetapi dengan cara dan jantina yang lain, except if the person is homo-/bi-sexual. Bagi yang sudah bukan budak lagi, mimpinya agak diverse, walaupun masih mungkin berakhir dengan kebasahan, walaupun bukan kerana terkencing.

Orang yang hidupnya bahagia, kemungkinan besar akan bermimpi yang indah-indah sahaja. Ada juga yang tak bermimpi langsung, sleeping beauty katanya, or was it 'beauty sleep'?

Anda bagaimana..? Dalam mimpi, anda berbahasa apa? (Jawapan ini penting, kerana 'Bahasa Jiwa Bangsa', kata para pejuang bahasa).

Secara personal, mimpi-mimpi saya jarang sekali yang indah-indah. Dan selalunya, berbagai bahasa yang saya gunakan di dalam mimpi-mimpi itu, contohnya: Bahasa Melayu, Standard English, Aussie-accented language, Malaysian English, Lughatul Arabiah, Nihongo, dan juga bahasa isyarat..! Jadi, makanya, jiwa saya jiwa global.. :)

Jenis-jenis mimpi yang selalu saya alami (not in any specific order):

1. Mimpi mencabar - Jenis yang ada scene gaduh-gaduh, menggunakan silat, tomoi, tinju, karate, aikido, kung fu terbang-terbang pun ada..! Kadang-kadang, mimpi jenis ini melibatkan saya terpaksa melarikan diri, menyeberangi banjir, sungai atau lautan, melompat dari pokok ke pokok, dan melompat dari atas buaya ke buaya yang lain.


2. Mimpi pelik - Jenis yang ada scene berbual atau bertinju dengan makhluk-makhluk halus, di mana selalunya saya terpaksa mengembara untuk menuju ke satu destinasi, atau akan menerima sesuatu. Terutamanya, apabila saya tidur blocking pintu masuk rumah, agak selalu saya akan bermimpi berbicara dengan si makhluk halus yang nak masuk rumah atau nak lalu, walaupun kadang-kadang saya buat derk aja kat mende-mende tuh semua.

3. Mimpi menyeramkan - Jenis yang melibatkan hantu-hantu. Tetapi, selalunya, samada saya akan berlawan dengan mereka, atau saya akan terlibat dalam misi menangkap mereka. Ya, sayalah Ghostbuster dalam mimpi.

4. Mimpi kelakar / kebudak-budakan - Jenis yang kadangkala agak memalukan untuk saya kongsi bersama. Antaranya ialah, mimpi melihat kuda yang ditunggangi oleh Ayah saya untuk pergi berkerja di KL. Yang kelakarnya, kuda itu boleh bercakap dan berjalan menggunakan dua kaki, sebelum bertanya kepada saya: "Bro, tandas mana? Shush, jangan report kat Ayah kau yang aku guna toilet eh? Nanti jalan jem la. Taknak la kantoi nanti. Set? Janji tau, jangan bagitau kat Ayah, tau?"

Anda pula bagaimana? Ada dapat ilham-ilham yang menarik?

Mampu jadi saudagar mimpi?
Mampu jadi sutradara dengan jalanan mimpi anda?



P/s: All pictures are taken from the Internet. They're not mine. Credit goes to:
1. Picture of cat with teddy: http://www.blogiseverything.com/fun-stuffs/various-ways-of-sleeping/
2. Picture of pregnant couples:http://www.funnyjunk.com/funny_pictures/6098/Pregnant Couple/
3. Picture of fighting: http://f33.aaa.livedoor.jp/~fray/movie.html
4. Picture of horse: can't remember where..

P/p/s: Want to know the similarity between menses and salary?
1. They usually come once a month.
2. They usually last only for a few days.
3. If you missed it once, it is still OK. But if you missed it twice, you're f**ked!
~ credit to Mr. Jono for this one.. ~

No comments: